As usual, kami breakfast dulu dekat hotel & check out. Beg2 kami tinggal dekat kaunter hotel sebab kami still ade aktiviti lagi hari ni. Fast boat kami untuk balik ke Sanur da book jam 5 petang tapi kena ade dekat jetty pukul 4 petang untuk pulang motor, ambil tiket, etc. So lepas check-out, kami p beli minyak dekat mana2 rumah/kedai runcit tepi jalan yang ade display minyak dalam botol. Destinasi kami hari ini adalah Broken Beach & Angle Billabong. Sebelah2 je dua tempat ni. Tips: Dekat Angle Billabong bole mandi tapi sebab kami da check-out so kami tak mandi.
Tempat kami beli minyak motor.
Sebenarnya jarak dari satu tempat ke satu tempat tak jauh tapi disebabkan jalan tak elok so tak bole nak bawak laju.
Angel Billabong
Angel Billabong
I love it when I catch you looking at me ;p
Dari Angle Billabong, kami patah balik ke hotel nak amik barang2 kami semula. Ya ampun, staff kat hotel ni memang baik sangat. Dia datang bagi towel dekat I masa dia nampak I keluarkan baju dari beg. Niat I nak tukar baju je. Yela tadi da berpeluh-peluh merempit & bergambar bagai. Tapi da alang-alang dia bagi towel tu, I mandi la terus. I mandi dekat toilet lobby dia. Fuhhh...legaa. Lepas da siap mandi tu, baru la I order makan dekat cafe. Oh ya, sepanjang kami dekat dalam pulau ni, memang kami makan dekat cafe hotel je. Senang. Lagipun kat cafe sini ade wifi. Sempat la nk upload gambar dalam IG. haha! Untuk pengetahuan korang lagi. line internet dalam pulau ni sangat la teruk. Ade few places yang no service. So selalunya dari hotel kami da start navigation siap2 sebelum bergerak.
Di Bali ni I menggunakan khidmat supir 100% bermula hari ke-4. Maksudnye, sampai di jetty Sanur nanti nak ke Hotel adalah sendirian berhad. Disebabkan kami tiada supir yang nak pick-up ke hotel, kami decide nak pergi minum dulu di KFC Sanur (Ingat tak i bagitau KFC sini ada KFC coffee ala2 mc cafe?).
Penginapan kami bagi 2 malam seterusnya adalah di Hotel Neo Plus Kuta Legian. Sebenarnya malam tu kami decide nak order room service sebab based on review dalam agoda, ade menu sedap. Tapi leka belek gambar tak sedar da 11 malam. Kelam kabut call room service but unfortunately kitchen da closed. Makanya kite makan megi cup jela malam tu. Lepas makan megi cup, kami keluar ambil angin dekat Jalan Kuta Legian. Area sini memang sesuai untuk orang yang suke clubbing. Bersepah2 + bising. Tapi i da request awal2 dengan hotel nak bilik di quite zone. Alhamdulillah, kami takde masalah bising sepanjang menginap 2 malam di sini.
I register Go-jek ni pakai no malaysia sebab I da install siap2 sebelum bertolak ke Bali. Tapi I beli jugak simcard kt sana. Kalau nak pakai no Indon pun bole.
Hotel Neo Plus Kuta Legian
Selepas breakfast di hotel, kami bertolak Pura Lempuyang Temple. Jarak perjalanan nak ke sini adalah 2 jam. so sempat la korang tido dlu dalam kereta. Ape yang best dekat Pura Lempuyang temple ni? View dia sangat cantik u ols sebab temple ni berlatar belakang kan Gunung Agung. Gunung Agung ni adalah gunung tertinggi di Bali dan gunung berapi yang masih aktif. Nak masuk temple ni wajib pakai sarung. Korang bole bawak sarung sendiri (like kain pelikat atau kain batik) atau korang bole sewa dekat sana. Then korang kena derma seikhlas mungkin untuk maintenance temple ni. Korang tau tak, takde nama malaysian dalam senarai nama pengunjung. Mostly foreigner. Bangga la kejap jadi wakil Malaysia. haha!!
Cube cari nama I. jumpa tak?
The best picture yang ade sebab Instagram husband da bad mood pasai kena tunggu lama. lol
Tips: masa nak sewa sarung, I request warna biru sebab I pakai tudung biru. Initially, dia nak bagi warna oren. Memang tak la nak pakai sarung oren, tudung biru kan?
Nampak tak orang tengah queue? Ada yang tunggu dalam pondok belah kanan tu tau.
Jalan nak turun ke pantai.
Sikit lagi nak sampai da ke Pantai Nyang-nyang
Yes..Ni la yang I cari.
Nextttt...
Jangan tanya macam mana I panjat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Gittew.
Rugi sangat kalau tak datang sini
You, me & the sea
Bersambung Trip ke Bali: Lain dari yang lain (Part 3)
0 comments:
Post a Comment