Trip ke Bali 2018: Lain dari yang lain (Part 3)

Monday, July 02, 2018

0 comments
Day 5:

Pada hari kami bercadang nak ke Ubud Swing & Tegalalang Waterfall. Tapi disebabkan terjadinya kejadian yang tak diingini, kami hanya sempat ke Ubud Swing, lunch di Bebek Tepi Sawah & balik ke hotel. Kejadian malang tersebut adalah my husband terpeleot masa nak turun tangga di ubud swing and kaki dia bengkak teruk serta merta. Dengan pak supir pun risau sama. Masa di Restoran Bebek Tepi Sawah, i tolong tuam kaki dia dengan ice. Kemudian kami balik hotel and berehat. So guys, contingency plan adalah sangat penting semasa travel ye. Kadang-kadang ada kejadian yang kita tak jangka. Oh ya, hari ni kami punya itinerary memang half day je sebab kami pindah ke hotel yang ade private pool. So aktiviti petang adalah mandi pool dalam bilik. I enjoy je sebab I tak yah pakai tudung jadi I bole bersuke ria dengan bebas!  Waktu malam sepatutnya nak pergi massage selepas dinner. Habis pusing2 da dekat kawasan situ cari kedai makan tapi semua tak berkenan. So kami decide nak p massage dulu tapi elok kami sampai dekat tempat massage, dia tutup da. Hahahaha. So kami balik ke hotel & order go-food (macam uber eats).

Sementara tunggu turn Ubud Swing

Dekat sini ade 4 swing. Korang cume bole pilih salah satu.




Restoran Bebek Tepi Sawah

Kaki my husband yang bengkak. Tak p klinik pun. 
Just tuam dengan ice & kurangkan berjalan. Nasib baik nak balik  KL da. 

Bilik kami di Astagina 




Our private swimming pool.

 Thank for the roses syg 

 Open swimming pool for the guest 



Day 6:

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Bali. Takde aktiviti yang havoc sangat disebabkan kaki my husband masih belum surut bengkaknye. Kami check out & breakfast di hotel kemudian bertolak Pandawa Beach & Uluwatu Temple. Kami just pusing2 & bergambar dekat2 je. Kemudian pak supir bawa kami makan di Restoran Wong Solo dan terus ke airport. Alhamdulillah kami tiba di KLIA pada jam 10 malam.



Da last day baru jumpa tempat bergambar yang ade perkataan Bali

Dah la panas, pakai baju warna hitam pulak. 

Adat nak masuk temple dekat sini kena pakai sarung atau kain ikat di pinggang

Uluwatu temple dekat belakang I, yang bumbung merah tu. 

One word: Panas. 
View dari atas tempat I duduk tu. 

Lunch before ke airport


I rasa I da bagi information yang very detail. I hope it would be benefit &; helpful for you guys.
Disini I senaraikan juga kos perbelanjaan kami di Bali selama 6h5m.


Tiket flight: RM789 for 2. (MAS)
Jambu Inn: RM92.82 termasuk sarapan (1 malam)
Bintang Bungalow: RM166.56 termasuk sarapan (2 malam)
Hotel Neo Plus Kuta Legian:  RM235.06 termasuk sarapan (2 malam)
Astagina Resort Villa &; Spa: RM382 termasuk breakfast (1 malam)
Fast boat Nusa Penida : IDR 150k/ pax one way
Sewa motor Nusa Penida:IDR 80k/day
Parking fee Kelingking Beach: IDR 5k
Parking fee Broken Beach: IDR 5k
Entrance Fee Kelingking: Free
Entrance Fee Broken Beach: Free
Entrance Fee Crystal Bay: Free
Parking Fee Crystal Bay: IDR 5k
Nasi goreng seafood Bintang Bungalow: IDR 25k
Sewa sarung di Pura Lempuyang: IDR 10k/pax
Derma Pura Lempuyang: IDR: 10k
Parking Fee Nyang-Nyang Beach: IDR 5k
Entrance fee Nyang-Nyang Beach: FREE
Entrance fee pandawa beach: IDR 15k pax
Parking fee pandawa beach: IDR 5k
Nasi ayam Penyet Wong Solo: IDR 33k
Entrance Fee Uluwatu: IDR 30k/pax
Ubud Swing:IDR 300k/pax
Supir: IDR 1.3 juta untuk 3 hari.

Trip ke Bali 2018: Lain dari yang lain (Part 2)

0 comments
Day 3:

As usual, kami breakfast dulu dekat hotel & check out. Beg2 kami tinggal dekat kaunter hotel sebab kami still ade aktiviti lagi hari ni. Fast boat kami untuk balik ke Sanur da book jam 5 petang tapi kena ade dekat jetty pukul 4 petang untuk pulang motor, ambil tiket, etc. So lepas check-out, kami p beli minyak dekat mana2 rumah/kedai runcit tepi jalan yang ade display minyak dalam botol. Destinasi kami hari ini adalah Broken Beach & Angle Billabong. Sebelah2 je dua tempat ni. Tips: Dekat Angle Billabong bole mandi tapi sebab kami da check-out so kami tak mandi.

Tempat kami beli minyak motor.

Sebenarnya jarak dari satu tempat ke satu tempat tak jauh tapi disebabkan jalan tak elok so tak bole nak bawak laju. 


 Angel Billabong

Angel Billabong









 I love it when I catch you looking at me ;p


Dari Angle Billabong, kami patah balik ke hotel nak amik barang2 kami semula. Ya ampun, staff kat hotel ni memang baik sangat. Dia datang bagi towel dekat I masa dia nampak I keluarkan baju dari beg. Niat I nak tukar baju je. Yela tadi da berpeluh-peluh merempit & bergambar bagai. Tapi da alang-alang dia bagi towel tu, I mandi la terus. I mandi dekat toilet lobby dia. Fuhhh...legaa. Lepas da siap mandi tu, baru la I order makan dekat cafe. Oh ya, sepanjang kami dekat dalam pulau ni, memang kami makan dekat cafe hotel je. Senang. Lagipun kat cafe sini ade wifi. Sempat la nk upload gambar dalam IG. haha! Untuk pengetahuan korang lagi. line internet dalam pulau ni sangat la teruk. Ade few places yang no service. So selalunya dari hotel kami da start navigation siap2 sebelum bergerak.

Maka tamatla suda aktiviti di Nusa Penida & kami bertolak ke jetty untuk pulang semula ke Bali.  Tiket kami jam 5 petang tapi disebabkan depa head count semua passenger da cukup. So depa decide nak bertolak awal pada jam 4.30 petang. Alhamdulillah kami selamat tiba di Sanur pada jam 5.15 petang.

Di Bali ni I menggunakan khidmat supir 100% bermula hari ke-4. Maksudnye, sampai di jetty Sanur nanti nak ke Hotel adalah sendirian berhad.  Disebabkan kami tiada supir yang nak pick-up ke hotel, kami decide nak pergi minum dulu di KFC Sanur (Ingat tak i bagitau KFC sini ada KFC coffee ala2 mc cafe?).

Kami lepak sampai jam 7 malam. Sembang2. Upload gambar dekat IG then baru la kami on apps Go-Jek (pilih Go-car) ke hotel. Murah je IDR 39,000.  Tapi driver Go-Car ni takkan hantar depan pintu hotel tau sebab driver taxi kat sana marah dengan driver grab/go-car. Mengikut cerita driver kami, ada driver grab/go-car yang kena pukul dengan driver taxi kat sana. So dia hantar kami di belakang hotel. Kena jalan kaki sikit la dalam 50m.

Penginapan kami bagi 2 malam seterusnya adalah di Hotel Neo Plus Kuta Legian. Sebenarnya malam tu kami decide nak order room service sebab based on review dalam agoda, ade menu sedap. Tapi leka belek gambar tak sedar da 11 malam. Kelam kabut call room service but unfortunately kitchen da closed. Makanya kite makan megi cup jela malam tu. Lepas makan megi cup, kami keluar ambil angin dekat Jalan Kuta Legian. Area sini memang sesuai untuk orang yang suke clubbing. Bersepah2 + bising. Tapi i da request awal2 dengan hotel nak bilik di quite zone. Alhamdulillah, kami takde masalah bising sepanjang menginap 2 malam di sini.

I register Go-jek ni pakai no malaysia sebab I da install siap2 sebelum bertolak ke Bali. Tapi I beli jugak simcard kt sana. Kalau nak pakai no Indon pun bole. 


Hotel Neo Plus Kuta Legian



Day 4:

Selepas breakfast di hotel, kami bertolak Pura Lempuyang Temple. Jarak perjalanan nak ke sini adalah 2 jam. so sempat la korang tido dlu dalam kereta. Ape yang best dekat Pura Lempuyang temple ni? View dia sangat cantik u ols sebab temple ni berlatar belakang kan Gunung Agung. Gunung Agung ni adalah gunung tertinggi di Bali dan gunung berapi yang masih aktif. Nak masuk temple ni wajib pakai sarung. Korang bole bawak sarung sendiri (like kain pelikat atau kain batik) atau korang bole sewa dekat sana. Then korang kena derma seikhlas mungkin untuk maintenance temple ni. Korang tau tak, takde nama malaysian dalam senarai nama pengunjung. Mostly foreigner. Bangga la kejap jadi wakil Malaysia. haha!!

Cube cari nama I. jumpa tak?

Satu lagi, nak ambil gambar di pintu gerbang yang berlatar belakang Gunung Agung ni kena queue. Sebab selalunye ramai. So bawak bersabar la ye. Tips untuk mendapatkan gambar yang terbaik adalah, sambil menunggu turn tu korang try snap gmbr org yg tengah posing tu sampai korang dapat angle yang terbaik. So masa sampai turn korang, korang da ready nak snap gambar macam mana. Juga akan ada manusia yang tak faham bahasa bila tengok orang lain tengah queue, dia bole potong queue & selamba badak menyelit sebelah kite masa nak fefeling berposing. Masa ni, korang bole je buat muke garang, suruh dia ketepi & pergi queue macam orang lain.


 The best picture yang ade sebab Instagram husband da bad mood pasai kena tunggu lama. lol

Tips: masa nak sewa sarung, I request warna biru sebab I pakai tudung biru. Initially, dia nak bagi warna oren. Memang tak la nak pakai sarung oren, tudung biru kan? 


Nampak tak orang tengah queue? Ada yang tunggu dalam pondok belah kanan tu tau. 

Kemudian, dari Pura Lempuyang kami menuju ke Nyang-nyang beach. Masa dalam perjalanan ke pantai Nyang-nyang ni, kami mintak pak supir berhenti di KFC sebab kami nak tapau and makan tepi pantai nnt. Ape yang membuatkan I nak p sangat Nyang-nyang ni? Korang tengok sendiri gambar okay. Selain dari bangkai kapal tu, pantai nyang-nyang ni antara pantai yang tak dikunjungi oleh tourist. Seriously memang bole kire pakai jari berapa orang je ade dekat sini. Air laut dia biru, pasir putih. bole mandi kt sini. Tapi yang tak bestnye, kena hiking dalam 20min masa nak pergi dan balik dari pantai ni. Jadi, pemilihan kasut & stamina adalah sangat penting ye.

 Jalan nak turun ke pantai.


Sikit lagi nak sampai da ke Pantai Nyang-nyang

Yes..Ni la yang I cari. 



Nextttt...

Jangan tanya macam mana I panjat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Gittew.

Rugi sangat kalau tak datang sini

You, me & the sea 


Dari Nyang-nyang beach, sepatutnya kami ke Kecak Dance di Uluwatu tapi sebabkan kami leka bergambar dekat sini sampai sunset, da tak sempat nak pergi uluwatu. Tak jauh pun sebenarnye dalam 5 min. So kami re-route ke kedai souvenir kemudian kami balik ke hotel, dinner & packing beg. Sebab esok kami akan tukar ke hotel lain.