Trip ke Bali 2018: Lain dari yang lain (Part 1)

Monday, July 02, 2018

Assalamualaikum,

Lama sungguh i ols tak update blog ni. Alhamdulillah I'm back. Itu pun atas permintaan kawan-kawan yang suruh share travel experience, itinerary, do & dont semasa I pergi travel/ So today, I akan share my trip ke Bali 2018 dulu dimana bagi I trip ini adalah berbeza (lain dari yang lain) sebab I try cover beberapa tempat yang tak berapa popular dekat Bali. Popular di kalangan foreigner tapi tidak bagi Malaysian. Kalau I baca blog orang Malaysia, mostly itinerary semua sama atau lebih kurang.

Tapi takde la semua tempat tu baru. Cume I terlebih rajin nak buat research pasal Bali ni. Selalunya pak supir yang akan advise itinerary kan? This time, i buat itinerary sendiri &; supir tu kena follow itinerary I. And as expected, he tried to change my itinerary according to his convenience but I refused. Sebab I cakap if dia tak bole fullfill my needs, I will need to find another supir. So dia terpaksa mengalah la. So best sangat ke?Haha, korang tengok la sendiri susunan itinerary Trip ke Bali 2018 I ni k.

Day 1:

Bertolak ke Bali MH853 pada 1500hr
Arrived at Bali pada 1830hr
Supir pick-up at airport
Beli simcard (simcard kt Bali seriously super mahal)
Supir hantar ke hotel.
Check-in hotel di Jambu Inn, Sanur
Lepas check-in & letak barang, jalan kaki ke KFC untuk dinner  (5min walk)

p/s: Kami menginap di Sanur sebab esok pagi2 kami nak naik fast boat ke Nusa Penida. Lokasi hotel kami hanyalah 5min dari jetty Sanur. Lepas tu, based on my research, ade KFC plak dekat sini. Ngam la. Tak perlu susah2 nak cari tempat makan. KFC Sanur besar siap ade KFC coffee tau (ala2 Mc Cafe).


Kul - Dps 

Yaaa.. Mr Azwin pun boleh
(Khidmat Supir : Pak Yanto +62 815 5828 9999)
yang dalam gambar ni adalah staff Pak Yanto tau. Bukan Pak Yanto nya. 

Jambu Inn

Organic rice tu sedap bak hang!


Day 2:

Breakfast dulu dekat hotel. Tips: pilih hotel yang ade breakfast untuk menjimatkan masa & menyerikan mood korang di pagi hari. Jangan sesekali kluar buat aktiviti without breakfast. Spoil mood beb.

 Check-out from Jambu Inn

Breakfast at Jambu Inn

Lepas check out & breakfast, I p claim tiket di jetty Sanur & depart to Nusa Penida pada jam 8 pagi.

Fast bot kami adalah El-Ray Junior. Diingatkan bahawa TAKDE PROPER PELABUHAN untuk naik ke boat. Kena jalan kaki dari gigi pantai sampai ke bot. Air plak setinggi peha i. Meaning that, seluar memang akan basah. I da tau pasal ni based on my reading from another blogger tapi takkan I nak pakai seluar pendek plak kan? So I redho jela seluar I basah. gittew.

 Kaunter Fast Boat ke Nusa Penida 

 Jadual Perjalanan Fast Boat

Tiket ke Nusa Penida 

 Nampak tak korang kena berjalan menuju ke bot sambil meredah air. 
Nampak macam surut je? Tunggu next picture k.

Eh tunggu ape lagi? jom la redah sesama 

Dalam 30-40 min, sampai la di jetty Nusa Penida, I terus cari mamat yang bernama Dayat sebab I book motor & tiket fast boat Nusa Penida pergi & balik dengan dia. Actually korang bole je beli tiket adhoc tapi kami nak secure tiket fast boat yang paling awal dari Sanur ke Nusa Penida & tiket masa balik ke Sanur nanti sebab waktu kami p Nusa Penida adalah pada hujung minggu so ramai pengunjung. Sebab tu kami mintak mas dayat tolong book. Mas dayat ni memang bagus tau. Dia bg motor yang da siap full tank minyak. Bayaran sewa motor  & tiket fast boat tu dia suruh bayar masa last day nanti.

So da amik moto dengan mas dayat, kami pun bergerak ke tempat penginapan kami iaitu Bintang Bungalow. In overall, I sangat berpuas hati dengan bintang bungalow ni. Sebab tempat dia tak berapa besar. So tak ramai orang, tak bising & kami dapat tido yang lena lepas seharian merempit dalam pulau ni. Harga pun okay. I memang pilih untuk amik hotel yang sederhana selesa sebab I nak tido selesa. Sebab esoknya I nak guna badan lagi untuk next aktiviti. So for me, tido yang selesa adalah sangat penting.

Anyway, sepanjang di Nusa Penida ni, kami pilih untuk menguruskan perjalanan kami sendiri menggunakan motor. Selalunye orang datang Nusa Penida ni balik hari dan menggunakan khidmat supir. Tapi kami stay kat sni selama 2h1m.

Yeyy..da sampai Bintang Bungalow. tengok la sendiri seluar tu basah takat mana. Macam tu la kedalaman air laut masa nak naik bot tadi. Nasib baik I tinggi. Kalau yang rendang tak  berbuah tu macam mana? 






  Bilik kami di Bintang Bungalow. Ye, tempat shower tu mmg takde bumbung. Emang designnya begitu ya. 


Oh, I nak puji lagi Bintang Bungalow sebab depa bagi kami check in awal. Seawal 10pagi okay. So lepas kami check-in & letak barang, without further due kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Suwehan Beach. Perjalanan dari Bintang Bungalow nak ke Suwehan Beach adalah selama 1 jam.

 Masa ni muke happy lagi sebab tak tahu kena turun tangga jahanam tu. kah!

Kids kat sini sangat friendly. Asal terserempak je depa akan cakap 'Heloo!!!" beramai2. cute kan?

 Kalau korang nampak signage ni, maksudnye korang da sampai di atas tebing pantai suwehan. Belum sampai pantai lagi tau. 


Suwehan ni hmm..memang sangat mencabar u ols sebab korang kena turun tangga yang sangat curam & tinggi. Just imagine masa korang nak balik nanti, kena panjat balik tangga tu. Anyway, masa I datang sini, air pasang. So tak dapat gambar seperti yang diimpikan. So kalau korang decide nak datang Suwehan ni, make sure korang pakai baju & kasut yang selesa. Serioulsy, the next day memang sakit-sakit muscle kat kaki. huhuhu..

 Take 5 ke bang?

Tangga jahanam. Kalau takde stamina atau semput, better dont' come here. 

Gambar yang diimpikan:


Gambar realiti:
Air pasang so tak lepas nak pergi ke sana. Tapi not bad la kan?

#siscuba

 Pantai Suwehan (husband I renamed this place to Pantai Suwei. hahaha!!)


Dari Suwehan beach, kami pulang ke hotel sebab my husband nak tukar baju. Da alang2 balik hotel tu, kami terus makan tengah hari kat situ je. Lepas siap makan, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu Kelingking Beach. Dekat Kelingking Beach ni bole mandi tau. Tapi again, korang kena turun tangga curam lagi tapi tangga dekat Kelingking Beach ni lagi scary sebab tangga dia tu pakai buluh/ranting kayu je. Kami tak turun. Cume sekadar bergambar. Ni kire must visit place dekat Nusa Penida. Kalau korang datang sini tapi tak p Kelingking Beach ibarat macam tak complete la sebab ia adalah icon bagi Nusa Penida.

Lunch: Nasi Goreng Seafood Pedas

Sempat relax kejap sementara tunggu husband I tukar baju

Iconic of Nusa Penida

yang halus2 kat bawah tu adalah manusia2 yang gigih turun p mandi. Salute!


Tq stranger tolong snapkan gmbq kami. Nasib cantek. 

Kisah sebenar di sebalik gambar yang cantik. Ni la rupa jalan raya nak ke sini. 

Lagi satu, di Nusa Penida ni patutnye boleh bergambar di pohon cinta. Tapi masa kami mai, ranting pohon cinta tu da patah. so sadddd..tapi takpe, Banyak lagi view yang cantik. Selesai di Kelingking Beach, kami terus ke Crystal Bay untuk mandi pantai & layan sunset. Jarak Crystal Bay dengan Bintang Bungalow ni dalam 5min je. Sebab tak jauh tu yang buat kami tak kisah nak layan sunset. Untuk pengetahuan korang, nak jalan kaki balik ke hotel pun bole tapi bile da malam, jalan kat sini sunyi & gelap tau sebab takde lampu jalan.  Tapi kami takde la gigih nk jalan kaki walaupun dekat. Ape guna ade moto kan? da sampai hotel, kami dinner dekat cafe, then baru kami balik bilik, mandi, solat & berkemas. Esok nak check out da.

Pohon Cinta. (sumber: google)

Moto sewa dari Dayat (IG: dayat_nusapenida)

Walaupun berjam-jam naik moto ke hulur-hilir, turun naik tangga curam, 
yang penting kite enjoy okay!

 Crystal Bay. Kalau datang pagi, bole snorkeling atau kayak dekat sini.

 Mandi pantai

Sunset at Crystal Bay


Bersambung Trip Ke Bali 2018: Lain dari yang lain (Part 2)


0 comments:

Post a Comment