TIPS HAMIL: Waktu Subur Wanita

Tuesday, July 30, 2013

Waktu Subur wanita adalah satu salah benda penting dalam merancang kehamilan.. Terbaca satu artikel intro dia mcm ni.."Anda baru sahaja mendirikan rumah tangga & sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata namun masih belum berjaya?" (YES..its me.its me.. that's why i created this topic.. because i think, pengiraan waktu subur sangat mempengaruhi chances to get pregnant.) 

Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan  mereka sukar untuk hamil bermula daripada masalah kesuburan, tahap psikologi, ketidakstabilan hormon dan lain-lain.
 
Namun ada kalanya kehamilan tidak berjaya kerana mereka melakukan hubungan seksual pada masa yang tidak tepat. Pasangan tidak mengetahui, bila waktu subur wanita sehingga kesempatan untuk terjadi ovulasi semakin besar. 

Sedangkan waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Adalah amat penting juga bagi seseorang wanita yang ingin hamil mengetahui waktu subur mereka. Sperma dapat hidup selama 48 hingga 72 jam dalam salur Fallopio wanita. Jadi, amatlah penting hubungan seks dilakukan semasa waktu subur mengikut kitaran haid. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitaran haid yang sebelumnya, carta suhu, atau perubahan kelikatan mukus (lendiran) serviks.

Cara menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar:

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. 

[Kira dari NEXT PERIOD DATE NOT PREVIOUS PERIOD DATE.. so, dari pemahaman sy yg cetek ni, kena kire backward, cthnye Next Period Date is 30/08, so 14 hari sebelum ialah 30-14 = 16hb]


Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Ini yang BASIC ok..
 

Cara Lain:
1. Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina
 
Aspek kesihatan harus diutamakan dengan membasuh tangan dahulu sebelum mengambil ‘sampel’ sendiri dan dilakukan pada waktu pagi.

Cara mengambil "sampel":  

Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

Lendiran kental, pekat, putih = Hampir waktu ovulasi. Kemungkinan untuk hamil rendah.
Lendiran jernih, licin spt putih telur = Ovulasi sedang berlaku. Peluang untuk hamil agak tinggi, sesuai untuk sang sperma hidup sehingga 72jam dan mensenyawakan sang ovum.

Ditegah untuk melakukan ujian tahap kepekatan lendir ini selepas bersama dengan suami kera dikhuatiri akan terkeliru antara lendiran serviks atau lendiran sperma.

Walaubagaimanapun, ketepatan ujian lendir ini tidak begitu tinggi kerana dipengaruhi juga oleh jangkitan kuman pada serviks, juga pengambilan ubat-ubatan/pil dan suntikan perancang keluarga.

2. Pemantauan suhu badan
Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. 
3.Kedudukan pangkal rahim
Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,  pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka. 
4. Pemeriksaan urin dan darah
Kaedah paling mudah untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunakan alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah. Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.
  
5. Sentiasa Berdoa & Tawakal : Klik SINI



0 comments:

Post a Comment