TIPS HAMIL: Doa Dapat Zuriat

Tuesday, July 30, 2013

 
Rezeki mendapatkan anak adalah anugerah dari Allah kepada kita. Rawatan dan pemakanan hanyalah ikhtiar kita semata namun keberhasilan usaha kita itu akan berjaya hanya dengan keizinan Allah. Jadi selain kita berusaha dengan rawatan dan pemakanan, kita haruslah tidak lupa untuk meminta kepada ALLAH swt supaya diberi anugerah zuriat.
 
Amalkan membaca kedua-dua doa ini serta solat hajat untuk mendapat zuriat. InshaAllah.
 
 

Amalan Untuk Suami Isteri memperoleh zuriat:

  1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan sedekah
  4.  Tidak bercakap yang sia-sia
  5. Banyak berdoa
  6. Banyakkan membaca surah al-fatihah, surah al-zalzalah, surah al-kafirun, surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas.
  7. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  8. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  9. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  10. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
  11. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  12. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  13. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan lain:

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Teruskan usaha, ikhtiar, dan berdoa. InsyaAllah kita akan beroleh kejayaan.

Peringatan: Jangan lakukan apa-apa ikhtiar yang berlawanan dengan hukum syarak.

0 comments:

Post a Comment