Diriwayatkan
dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:
“Aku
bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar
(malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ Jawab Rasulullah;
‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau
adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu).
Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).” (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:
“Permulaan
Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan
penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”
Kita
sekarang berada di fasa terakhir Ramadan dan 10 malam akhir Ramadan ini adalah
fasa pembebasan daripada api neraka dan “puasa itu adalah
perisai” yang menghalang pelakunya daripada memasuki neraka. Seperti
yang kita maklum, di 10 malam terakhir ini juga terdapat 1 malam yang sangat
istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.
Hanya
ibadah puasa Ramadan yang dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu fasa
rahmat, keampunan dan kemerdekaan daripada neraka semata-mata kerana
Allah s.w.t. ingin membesarkan pahala Ramadan. Subhanallah. Semoga kita dapat
memanfaatkan setiap fasa yang telah kita lalui sepanjang Ramadan tahun ini.
“Sesungguhnya
amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya” (Hadis Riwayat Bukhari)
Oleh
itu marilah kita tingkatkan dan tambahkan ibadat di 10 akhir Ramadan.
Bersamalah kita mengisikan 10 hari terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan
menjaga ibadat puasa Ramadan. Mari perkemaskan ibadah puasa di 10 hari terakhir
ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang lepas dengan
menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu seperti solat, bersedekah
dan membaca Al-quran. Bersamalah kita mencari Lailatul Qadar.
Bagi
mencari malam Lailatul Qadar, ada baiknya kita membaca Doa lailatul-Qadar ini
pd setiap malam di 10 malam terakhir Ramadan kerana dengan membacanya pada
setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar
sekalipun tanpa kita menyedarinya.
Sabda
Rasulullah,
“Sesungguhnya
bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak.” (Riwayat
Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As)
Di
samping itu, kita perbanyakkan berdoa dengan doa-doa 10 malam terakhir Ramadan.
Bersama entri kali ini, mari berkongsi juga doa-doa 10 malam terakhir untuk
kita sama-sama membacanya dan mendapat syafaat daripada Allah SWT .
Doa
hari ke-21
Ya
Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau
beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai
tempat tinggal dan peristirahatan, wahai pemenuh keperluan orang- orang yang
meminta.
Doa
hari ke-22
Ya Allah!
Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku berkah-berkah Mu.
Berilah kemampuan untuk ku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan
tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang-orang
yang dalam kesempitan.
Doa
hari ke-23
Ya
Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib.
Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang-orang
yang berdosa.
Doa
hari ke-24
Ya
Allah! Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaanMu, dan aku
berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon
kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu,
wahai pemberi para peminta.
Doa
hari ke-25
Ya
Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi
musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup nabiMu, wahai
penjaga hati para nabi.
Doa
hari ke-26
Ya
Allah! Jadikanlah usaha ku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosa ku
diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aib ku ditutupi, wahai maha
pendengar dan semua yang mendengar.
Doa
hari ke-27
Ya
Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatul qadar, dan ubahlah
perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan
hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai yang maha penyayang terhadap hamba-
hambaNya yang soleh.
Doa
hari ke-28
Ya
Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku
dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di
antara semua perantara, wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan
orang-orang yang meminta.
Doa
hari ke-29
Ya
Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan.
Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNya
yang mukmin.
Doa
hari ke-30
Ya
Allah! Jadikanlah puasa ku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan
keredhaanMu dan keredhaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat
pokok-pokoknya,
Akhir
sekali terimalah hakikat kefarduan ibadat puasa Ramadan dan ikhlaskan hati
dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Semoga perkongsian ini dapat
menambah kekuatan kita dalam menjalani ibadah dengan penuh keinsafan.
InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment