Kenapa minum air tu penting???

Saturday, February 02, 2013


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Antara tanda kekurangan air termasuk: * Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif * Terlalu dahaga * Mulut kering * Mengantuk * Air kencing sedikit dan pekat * Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis * Lemah otot * Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah: * Kurang berpeluh * Mata cengkung * Tekanan darah rendah * Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal) * Denyutan jantung menjadi cepat * Demam * Meracau * Pengsan

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan)

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius!

0 comments:

Post a Comment