10 tips Kuruskan Badan Dengan ALSD2

Friday, January 11, 2013

Tahukah anda beberapa perkara remeh yang anda tak pernah sedar pun yang buatkan anda GEMUK?!

Berhati-hati dalam rutin harian anda atau anda terpaksa melihat timbangan berat badan anda naik, naik dan naik! Pastikan anda tahu 10 tips ini jika anda betul-betul nak menurunkan berat badan anda dengan cepat.

5 PERKARA ANDA MESTI BUAT.

1) Ambil sarapan pagi
Jangan lupa ambil sarapan, permulaan yang sangat penting! Sarapan memastikan anda tubuh anda bertenaga dan secara langsung meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Secara mudah, metabolisma naik, pembakaran lemak naik, berat badan anda turun!

2) Makan Perlahan-lahan 
Kunyah makanan anda sehingga betul-betul hancur sebelum telan. Ini lebih memudahkan dan mempercepatkan proses pencernaan dalam badan. Jadi, kesemua makanan tersebut dapat diuraikan dengan cepat (termasuk lemak) dan semua nutrisi penting dapat diserap oleh badan dengan lancar.  

3) Minum Air Secukupnya
Wajib bagi anda minum 8 gelas / 2-3 liter setiap hari. Air membantu melancarkan semua proses dalam badan. Yang paling penting bagi anda yang nak kurus dengan cepat, air adalah medium untuk penyingkiran lemak yang telah diuraikan, iaitu melalui air kencing dan perpeluhan.   

4) Masak Sendiri
Rajinkanlah diri anda untuk masak di rumah berbanding makan di luar. Masakan sendiri buatkan anda betul-betul tahu kandungan makanan anda, tidak seperti makanan di luar, mengandungi banyak lemak / gula tersembunyi.  

5) Lakukan Senaman Ringan
Anda nak kuruskan badan dengan cepat kan? Mengapa tidak anda optimumkan kesannya dengan senaman ringan. Cukup anda berjalan-jalan di taman perumahan anda, atau anda park kereta anda jauh sedikit dari pintu masuk pejabat anda. :)
  
5 PERKARA ANDA TAK BOLEH BUAT.

1) Jangan Berlapar

Jangan tak makan! Pastikan anda makan sekurang-kurangnya 3 meal/ hidangan utama setiap hari. Tubuh kita memerlukan tenaga untuk bekerja. Lalu, bagaimana tubuh anda nak bakar lemak jika tenaga tidak dibekalkan.  

2) Jangan Ambil Garam Berlebihan
Fakta: Garam akan menyebabkan penakungan air dalam badan anda. Ini akan menyebabkan anda "gemuk air". Jadi,, kurangkanlah garam sebaik mungkin.  

3)Jangan Minum Minuman Bergula, Bergas, & Berkafein  Elakkan minuman bergula/ bergas kerana kandungan gula yang berlebihan dalam badan menyebabkan anda gemuk. Minuman berkafein pula akan merendahkan kadar metabolisma badan anda.  

4) Jangan Makan Junk Food / Makanan Ringan
Junk food mengandungi pelbagai bahan yang tidak baik untuk tubuh anda. Sebagai contoh kandungan garam/ gula yang berlebihan. Malah, ia tidak membuatkan anda berasa kenyang membuatkan anda makan dengan lebih banyak tanpa disedari.   

5)Jangan Timbang Berat Anda Setiap Hari
Timbang hanya sekali dalam seminggu. Ini akan membantu anda untuk kurus dengan cepat dari segi psikologi. Apakah perasaan anda jika anda lihat tiada penurunan berat badan berlaku? Kecewa bukan? So, mana mungkin anda nampak hasilnya jika anda timbang berat anda setiap hari.

0 comments:

Post a Comment