BAHAYA GULA KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Tuesday, March 26, 2013


Pepatah ade mengatakan 'KURANGKAN GULA DALAM MAKANAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN'


Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan! Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu langsung!Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga. 

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan??? 

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit) 2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukkan.
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab artritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada Osteoporosis.
43. Penyebab air liur menjadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa>.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab Katarak.
57. Penyebab Emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak dalam Hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun jauh.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Menganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer.

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis??? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
  1. Glukosa 
  2. Fruktosa
  3. Laktosa
  4. Maltosa
  5. Sukrosa
  6. Sirap Glukosa
  7. Sirap maple
  8. Molases
  9. Sirap hitam
  10. Sirap kencana
  11. Dektrosa
  12. Sorbitol.
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalut madu 220g – 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh

Jadi, mulai sekarang, kalau boleh elakkan makanan yang bergula tinggi & amalkan Alpha Lipid Lifeline bagi menstabilkan paras gula dalam darah..kerana dirimu begitu berharga ^_^ 


Loves,

0 comments:

Post a Comment