Soalan Lazim Lifeline

Adakah kanak-kanak sesuai mengambil kolostrum ini?
Semestinya. Ini kerana kanak-kanak juga memerlukan sokongan kepada sistem immunisasinya bagi menghalang daripada mudah mendapat serangan jangkitan dan menjadikannya lebih aktif serta meransang minda yang lebih cergas.

Adakah selamat sekiranya mengambil kolostrum ketika mengandung?
Kolostrum Alpha Lipid™ Life Line tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya.Bagaimanapun sebagaimana biasa ibu mengandung perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mengambil sebarang makanan tambahan.Kajian menunjukkan ibu mengandung perlu mendapatkan makanan yang berkhasiat kerana ia merupakan peransang kepada pertumbuhan tumbesaran anak didalam kandungan.Pengambilan kolostrum Alpha Lipid™ Life Line melengkapi kesemua ciri-ciri ini dan membantu proses pemulihan selepas bersalin.

Bagaimana sekiranya mengalami alahan kepada susu?
Kandungan molekul laktosa didalam kolostrum ini telah dikurangkan menjadi sumber gula yang lebih ringkas, supaya kepada sesiapa yang mengalami alahan susu dapat mengambilnya dengan mudah.Kajian menunjukkan ,pengguna yang mengalami alahan susu dapat mengambil pelbagai jenis susu lain selepas mengambil kolostrum Alpha Lipid™ Life Line ini.

Bolehkah mengambil kolostrum ini dengan makanan tambahan ataupun ubat-ubatan lain?
Kolostrum Alpha Lipid™ Life Line tidak mempunyai sebarang bahan tiruan ataupun dadah kerana ia merupakan makanan semulajadi.Kolostrum sebenarnya membantu tubuh badan kita menjadi lebih fleksibel dan membantu meningkatkan kadar penyerapan sebarang nutrien yang diambil daripada makanan lain.Jadi sumber khasiat daripada makanan tambahan lain ataupun ubat-ubatan menjadi lebih mudah diserap oleh badan kita.Sekiranya anda mengalami penyakit kronik lebih baik mendapat nasihat daripada doktor sebelum mengambil apa –apa makanan tambahan.

Apa perbezaan Alpha Lipid™ Life Line dengan susu-susu yang lain?
Susu Alpha Lipid™ Life Line ini bukan sahaja mempunyai kebaikan dari susu tersebut malahan mempunyai keupayaan untuk meransang pertumbuhan dan meningkatkan antibodi di dalam badan melalui faktor pertumbuhan,faktor imun dan Immunoglobulin(antibodi) yang terdapat didalamnya.Susu biasa turut mengandungi bahan yang sama tetapi kadarnya terlalu rendah berbanding dengan kolostrum.

Saya seorang yang sihat, apakah perlu saya mengambil kolostrum ini?
Setiap manusia menghasilkan faktor pertumbuhan pada awal usia 20-an .Selepas usia ini kita akan melalui peringkat penuaan dimana tubuh badan kita secara semulajadi semakin berkurangan menghasilkan faktor pertumbuha dan faktor imun untuk membantu tubuh badan melawan serangan penyakit dan membaiki tisu-tisu yang rosak.Jadi kolostrum dapat membantu mengaktifkan semula penghasilan faktor pertumbuhan dan antibodi di dalam badan.

Berapa banyak saya perlu ambil kolostrum ini sehari?
Keperluan pengambilan adalah berbeza bagi setiap orang.Dos yang disyorkan ialah 1 ½ skup sehari . Sekiranya badan kita sedang sakit, pengambilan kolostrum yang kerap dapat memberikan ledakan imun seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan. Namun sekiranya anda bimbang mengalami kesan pemulihan yang teruk, pengambilan dalam dos yang rendah seperti ½ skup pada peringkat permulaan adalah disyorkan.

0 comments:

Post a Comment